Service with a heart is our motto. This is the reason that our customers keep coming back for more! We believe that only happy staff can satisfy our customers. Thus we build a strong team by working and playing together.

Training in product and service is essential but good attitudes come from a contended being. We are proud of a sales team that is passionate over our customer's needs. As much as we appreciate our customers, we also appreciate our team.

Thus over the years, we have rewarded some of our team members with holidays abroad. Through these trips, they are able to experience first hand the lower temperature climates, determine the right combination of apparel to wear and grasp the prevailing fashion trends. Hear them as they narrate their experience.

Azri

Winter clothing team member Azri

Sales Supervisor

Started since 1 January 1995

Saya Azri Sulaiman sebagai penyelia di Goin’ Places telah berkhidmat selama 17 tahun. Selama perkhidmatan saya di syarikat ini, saya pernah bertugas di Sogo, Metrojaya, Mid Valley, Metrojaya, Bukit Bintang dan juga butik di Bukit Bintang.

Sepanjang perkhidmatan di Goin’ Places, saya amat gembira atas kesefahaman yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan ke atas orang bawahannya. Saya juga berpuas hati dari segi bonus, percutian dan kenaikan gaji tahunan yang diberi oleh pihak syarikat.

Negara empat musim yang pernah saya lawati ialah Korea. Saya melancong ke Korea pada musim bunga iaitu bulan April, tahun??? Pengalaman percutian ke Korea ini membolehkan saya mengenali lebih dekat lagi negara tersebut dan mengetahui serba sedikit tentang cara pemakaian orang Korea pada musim bunga.

Siti Zakiah

Winter clothing team member Siti Zakiah

Sales Consultant, Metrojaya Mid Valley

Started since 5 May 2003

Saya Siti Zakiah binti Abdullah dari kaunter Metrojaya Mid Valley. Saya telah berkhidmat dalam syarikat ini selama hampir 10 tahun. Salah satu sebab yang membuatkan saya kekal lama di syarikat ini ialah pihak pengurusannya sangat bertolak ansur, mengambil berat dan memahami masalah setiap kakitangannya. Kami dibagaikan hidup dalam sebuah keluarga yang besar.

Selama saya berkhidmat dalam syarikat ini, saya berpeluang bekerja sambil melancong ke luar negara. Saya rasa mungkin saya tidak dapat menikmati manfaat ini di syarikat lain. Antara negara yg pernah saya lawati ialah China (Beijing), Korea (Seoul), dan Vietnam (Ho Chi Minh). Melalui lawatan tersebut, saya dapat melihat perbezaan suhu untuk sesebuah negara dan mempelajari cara pemakaian yang betul pada suhu tertentu. Saya juga dapat melihat fesyen terbaru di Korea pada masa itu. Di samping itu, saya berpeluang melihat dan mempelajari budaya, adat resam, tradisi serta gaya hidup masyarakat di sana. Ini secara langsung dapat membantu saya semasa saya melayani pelanggan-pelanggan saya.

Norhayati

Winter clothing team member Norhayati

Sales Consultant , Centrepoint Bandar Utama

Started since 9 October 2005

Saya Norhayati Binti Mohamad Yaziz telah berkhidmat dengan Goin’ Places hampir 8 tahun. Saya bertugas di salah sebuah cawangan di Centrepoint, Bandar Utama.

Sepanjang perkhidmatan saya di syarikat ini, pelbagai lawatan telah dianjurkan oleh pihak pengurusan. Sebagai contoh, lawatan ke Bali, Medan dan Lake Toba, Kuching, Melaka, Pelayaran ke Phuket dan Krabi dan sebagainya.  

Negara yang sudah saya lawati pada musim sejuk ialah Negara Korea. Saya melawati Korea pada bulan Februari 2012. Suhu pada masa itu adalah lebih kurang -15 darjah Celsius. Pengalaman saya ini telah banyak membantu saya dalam melayani pelanggan-pelanggan saya. Saya lebih yakin untuk menyarankan pakaian musim sejuk kepada pelanggan saya. 

Norsana

Winter clothing team member Norsana

Sales Consultant, Centrepoint Kota Kinabalu

Started since 1 May 2008

Saya Norsana binti Kubah telah berkhidmat di  cawangan Goin’ Places di Kota Kinabalu, Sabah bermula sejak 1 Mei 2008 sehingga sekarang iaitu lebih kurang 5 tahun.

Sepanjang perkhidmatan saya di syarikat  Goin’ Places, saya telah mempelajari tentang bahan produk kami, kepelbagaian saiz yang berlainan, suhu bandar dan kedudukannya di seluruh dunia serta cara pemakaian yang sesuai pada suhu yang berlainan.

Pada tarikh 23/03/2013 sehingga 31/03/2013 yang lalu, saya telah diberi peluang untuk melawat Seoul, Korea Selatan. Pada masa itu, Seoul mengalami musim bunga dan suhunya lebih kurang 2 sehingga 8 darjah celcius. Tujuan utama lawatan itu ialah membolehkan kami mengalami sendiri keadaan sejuk di sana. Setelah kembali bekerja, ini sedikit sebanyak dapat membantu saya semasa melayani pelanggan. Saya dapat menyakinkan pelanggan  yang datang ke kedai kami untuk membeli pakaian yang bersesuaian dengan suhu negara yang akan mereka lawati.

 

Syuhada

Winter clothing team member Syuhada

Sales Consultant, Sogo KL

Started since 10 March 2006

Saya Syuhada binti Mustafa Kamal sudah berkhidmat dengan Goin’ Places selama 7 tahun di KL Sogo. Sepanjang perkhidmatan ini, saya banyak menimba pengetahuan dari aspek Geografi iaitu di mana letaknya sesebuah negara bersama suhunya pada berlainan musim. Saya juga dapat mempelajari tentang  apakah yang sepatutnya dipakai semasa musim bunga, musim luruh dan musim sejuk.

Saya sangat gembira bekerja di Goin’ Places kerana syarikat ini selalu memberi insentif kepada perkerja-pekerjanya. Insentif itu termasuklah insentif ke luar negara dan insentif dalam bentuk wang. Selain itu, syarikat ini juga pernah menganjurkan lawatan beramai-ramai ke Bali, Medan dan Lake Toba, Kuching, Melaka, Golden Palm Tree Resort, Sepang dan sebagainya.

Saya telah memenangi insentif tahunan ke luar negara sebanyak 3 kali iaitu ke Beijing China pada April 2007, Seoul Korea Selatan pada Februari 2011 dan  Shanghai China pada April 2013. Lawatan ke negara lain benar-benar membuka minda dan mata saya. Saya dapat mengenali dengan lebih dekat perbezaan budaya dan gaya hidup penduduk negara tersebut dengan Malaysia. Pengalaman saya di Korea pada hujung musim sejuk iaitu lebih kurang -5 darjah celcius merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya dapat merasai sendiri suhu dan cuaca musim sejuk, ini meyakinkan dan memudahkan saya untuk membuat penerangan kepada pelanggan-pelanggan saya tentang baju yang sesuai untuk dipakai pada suhu tertentu.

Nozila

Winter clothing team member Norzila

Sales Consultant, Sogo KL

Started since 1 September 2005

Saya Nozila Binti Borhan telah berkhidmat dengan Goin’ Places selama 8 tahun. Saya mula bekerja pada 1 September, 2005. Jawatan saya ialah sebagai Perunding Jualan di salah satu cawangan di Sogo.

Saya dapat kekal begitu lama di Goin’ Places kerana syarikat ini banyak menawarkan insentif kepada kakitangannya. Selain daripada insentif tahunan iaitu insentif melancong ke luar negara. Syarikat ini juga menawarkan insentif bulanan kepada semua kakitangannya.

Sepanjang perkhidmatan saya ini, saya telah memenangi tiga kali insentif tahunan yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Melalui insentif ini, saya telah diberi peluang melancong ke luar negara pada musim yang berlainan. Lawatan pertama saya ialah ke Beijing dan Tianjin pada bulan April, 2007 manakala lawatan kedua ialah ke Korea pada bulan Februari, 2011. Lawatan ketiga pula ialah ke Suzhou, Hangzhou dan Shanghai pada bulan March, 2013. Melalui pengalaman ini, saya berpeluang merasai suhu yang berlainan pada musim bunga dan musim sejuk. Di samping itu, saya juga berpeluang melihat trend pemakaian yang terkini terutamanya semasa lawatan saya ke Korea. Ini telah meningkatkan keyakinan saya semasa melayan pelanggan saya. Saya lebih yakin memberi cadangan pemakaian yang paling sesuai kepada semua pelanggan saya di Sogo.

Sarmila

Winter clothing team member Sarmilla

Sales Consultant, BB Plaza

Started since 6 April 2000

Saya Sarmila Binti Yusoff telah berkhidmat dengan Goin’ Places selama 14 tahun. Pada mulanya saya bertugas di salah satu cawangan syarikat di Metrojaya. Kini saya bekerja di cawangan butik Bukit Bintang.

Saya dapat kekal lama di syarikat ini kerana pihak pengurusan amat memahami dan mengambil berat terhadap segala masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerjanya. Tambahan pula, setiap tahun pihak pengurusan akan menawarkan insentif seperti bonus, kenaikan gaji dan peluang lawatan samada dalam atau luar negara kepada semua pekerja.

Pada bulan Februari 15, 2014 hingga Februari 22, 2014, pihak pengurusan telah menghantar saya ke Korea untuk mengalami sendiri cuaca musim sejuk di Korea. Dengan adanya pengalaman ini saya lebih berkeyakinan untuk melayan pelangan yang mengunjungi butik saya.